Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Ya Allah,
Sesungguhnya aku tidak layak di syurgaMu,
Namun aku tidak sanggup menahan api nerakaMu,
Terimalah taubatku dan ampunilah dosa-dosaku,
Sesungguhnya Engkaulah Maha Pengampun dosa-dosa besar,
Dosaku bagaikan butiran pasir di pantai,
Terimalah taubatku, ahai Yang Maha Agung,
Umurku semakin berkurang setiap hari, tetapi dosaku semakin bertambah,
Bagaimanakah aku sanggup menanggungnya,
Jika Kau menerimanya, maka hanya Engkaulah yang selayaknya menerima,
Jika Kau menolaknya, maka pada siapa lagikah harus kami memohon...
Daun Muda
Bermandi udara dan cahaya, Lalu tumbuh bersama ranting, Membantu pohon yeng besar , Supaya bisa tumbuh mencapai syurga.
Rabu, 21 September 2011
Rabu, 17 Ogos 2011
Luahan
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Sudah lama tiadaku tulis sebarang kata di dalam blog ini. hahaha.
Kali ini saya hanya ingin meluahkan sesuatu yang sememangnya sangat mengguris hati ini. Pagi ini, seorang rakanku membuat kira-kira untuk majlis berbuka puasa. Tidak kisah pun tentang harga pesanan aku tu lebih ke, kurang ke, aku tak kisah. Masa tu saja nak bergurau tapi lepas tu tetiba jer terfikir balik tentang beberapa perincian tentang majlis berbuka puasa tu yang aku terlupa untuk kira.
Bila dikira-kira memang patut pun aku batalkan, tapi sebab desakan kawan aku tu yang tak nak membatalkan pesanan aku terima juga. Aku siap meminta pandangan sahabat aku yang satu ini secara peribadi. Namun, yang membuat hati aku bertambah sakit ialah apabila sudah selesai semuanya dia ungkit kembali masalah itu. Mungkin dia tak sedar jadi aku maafkan dia dan buat endah tak endah sahaja., tapi bila dia ungkit lagi, hati aku mula terasa panas. Sehingga apa saja perkara yang aku buat selepas itu semuanya serba tidak kena dan dipenuhi dengan perasaan amarah.
Mungkin inilah tandanya aku masih seorang yang lemah, sebab Baginda pernah berkata, orang yang kuat itu ialah orang yang mampu mengawal amarahnya. Aku tidak salahkan dua orang rakan aku yang menegur aku itu, kerana mereka sememangnya belum tahu pun lagi, tetapi kepada sahabatku yang satu lagi itu, mungkin dia benar-benar tidak sedr jadi aku pun tidak boleh barkata apa-apa jugalah. Cuma aku berdoa agar Allah lapangkanlah hatiku dan dadaku, dalamkanlah pemahamanku, khusyukkanlah serta ikhlaskanlah ibadahku, perbanyakkan lah pengetahuanku, tinggikanlah keimananku dan berikanlah aku kekuatan, keberanian, perlindungan serta pengampunanNya, bimbinglah langkahku serta tunjukkanlah jalanMu dan janganlah kau keluarkan aku dari jalan lurusMu kerana sesungguhnya aku adalah hambaMu yang teramatlah lemah lagi hina.

Isnin, 1 Ogos 2011
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan
Bulan penuh berkat kini kembali, sesungguhnya beruntunglah kepada mereka yang sempat menyambutnya sekali lagi. Kebiasaannya, permulaan Ramadhan tidak selalunya lancar. Ada yang baru menyesuaikan diri dengan ibadah puasa, ada yang baru hendak meningkatkan tahap kualiti puasa mereka. Penulis blog ini juga tidak terlepas juga.
Seperti pagi yang lainnya penulis seperti biasa melangkah keluar dari rumah untuk ke sekolah (Pra-U) dengan perasaan yang tenang. Ketika itu, terniat dalam hati untuk menjadikan bulan ini lebih baik dari bulan sebelumnya. Hidup cuma sekali, Ramadhan belum tentu akan datang lagi.
Dalam perjalanan ke sekolah (Pra-U) entah bagaimana terlalu pula laluan masjid. Memang bukan kebiasaan penulis untuk menggunakan kawasan masjid, tetapi pagi tersebut penulis terguna juga dan yang menjadikan pagi itu lebih gembira ialah seorang pak cik itu menumpangkan penulis ke sekolah (Pra-U). Akhirnya, sempat juga penulis ke sekolah pada waktunya. Tepat-tepat sebelum Pak Jaga mengunci pintu pagar. Pagi itu ada ceramah, jadi penulis pun ikutlah juga ceramah tersebut. Pada awalnya penulis tertidur kemudian bila sudah terjaga, ceramah itu agak menarik cuma penceramah itu agak kaku dalam pandangan penuils. (Pandangan peribadi sahaja)
Yang menduga hati dan iman penulis ialah ketika rakan-rakan penulis bercerita dibelakang penulis, walaupun secara harfiahnya mereka di depan penulis. Namun begitu, kemuliaan bulan Ramadhan juga mengajar untuk bersabar dan menahan kemarahan. Penulis masih perlu banyak belajar dalam bulan ini dan menghadapi pelbagai jenis dugaan, cuma harapan dan doa penulis ialah supaya amal ibadah dan puasa penulis dapat diterima oleh Allah, kerana hanya padaNya lah kita berserah diri dan kembali kelak.
Wasalam

Khamis, 7 Julai 2011
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Aku tidak tahu apa lagi yang harus aku lakukan untuk berubah. Aku dapat rasakan suatu perubahan di dalam diri aku, di dalam jiwa dan pemikiran aku. Aku yakin itu mungkin hidayah dan petunjuk dari Ilahi. Tapi tiba-tiba sahaja terdapat suatu dugaan menimpa.
Aku sendiri pun tidak tahu bagaimana aku boleh buat camtu, tapi sebab perkara itu terus bagai serba tak kena. Mungkin aku perlu lebih banyak usaha dari biasa.

Sabtu, 25 Jun 2011
Bidadari
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Bidadari
Terlihat olehku akan sekumpulan bidadari
Sedang bermain riang gembira
Ingin sahajaku petik sekuntum untuk mendampingiku
Namunku tahu itu tidak bakal terjadi
Kerana aku masih belum layak
Untuk mereka yang bakal bergelar
Ketua bidadari di syurga.

Rabu, 22 Jun 2011
Corak & Pola Geomatri Islam
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Corak & Geometri Islam
Motif geometri merupakan suatu yang popular di kalangan pengkarya dan pereka Islam di seluruh dunia untuk menghiasi hampir pelbagai jenis permukaan sama ada dinding, lantai, pasu, lampu, kulit buku serta tekstil. Apabila Islam disebarkan dari satu kawasan ke kawasan lain, pengkarya Islam menggabungkan unsure geometri ke dalam corak tradisi lalu mewujudkan seni Islam yang segar dan baru. Seni ini meluahkan unsur logik dan aturan yang dianjurkan oleh Islam dalam visinya terhadap alam semesta.
Kepelbagaian ilmu pengetahuan umat Islam membolahkan para ilmuwan Islam menerima ilmu falsafah dan matematik daripada Yunani dengan cepat lalu menterjemahkan serta menyebarkannya kepada generasi seterusnya. Tulisan Euclid dan Pythagoras adalah antara yang pertama sekali diterjemahkan ke dalam Bahasa Arab. Pengajian ilmu geometri juga memberi satu semangat terhadap ilmu falak. Kesemua ini hanya memyemarakkan keghairahan bangsa Arab untuk mencipta corak hiasan yang tidak terhingga atau infiniti.Pengembangan ilmu analisa matematik, sebagai contoh, mewujudkan kesan pengharmonian. Didorong oleh semangat agama untuk abstraksi dan doktrin yang berkaitan dengan kesatuan - al-tawhid, para intelektual Muslim mengakui bahawa geometri menyatukan perantaraan diantara dunia kebendaan serta rohaniah.
Perkembangan seni baru ini, sebahagiannya mungkin sekali berpunca daripada larangan kepada gambar atau lukisan yang mungkin membawa kepada penyembahan berhala. Ini kerana umat Islam melihat kepada prinsip utama Islam bahawa “Tiada Tuhan melainkan Allah.” Ini kerana Allah di dalam seni figuratif, merupakan suatu kesalahan paling besar atau suatu ilusi yang menunjukkan sifat mutlak ke dalam relatif, dengan menghubng ke relatif autonomi yang bukan miliknya. Oleh kerana itu, pengkarya Islam tidak mengekspresikan diri sedemikian, tetapi bertujuan untuk memuliakan suatu hal benda itu. Walaupun tradisi ini mengecewakan sebahagian kecil pengkarya Islam, tetapi terdapat beberapa pengkarya yang menerima perkara ini sebagai suatu cabaran dan menjadi pembuat corak yang terhebat pada waktunya. Daripada menghiasi bangunan dan suatu permukaan itu dengan figura manusia, mereka telah mengembangkan suatu rekaan hiasan geometrik yang compleks, serta pola-pola rumit dari bentuk tumbuhan yang mana menghiasi istana, masjid serta tempat-tempat awam.
Ataupun pembangunan pola berulangkali boleh mewakili ketetapan undang-undang serta hukum Allah. Umat Islam diminta untuk mengamati hukum serta ketetapan yang telah ditentukan oleh Nabi Muhammad s.a.w, yang dicirikan oleh Rukun Iman. Dengan itu, pembangunan pola geometri mampu menyediakan analogi visual untuk aturan agama perilaku.
Pola, Corak & Simbol
Kedua-dua pendekatan terhadap ibadat serta kemahiran kreatif dalam membuat pola memimpin mereka kepada cara mereka sendiri untuk memahami kesempurnaan alam semesta ketika ia menggerakkan unsur-unsurnya. Pola & corak Islam ialah suatu bentuk seni yang unik juga bersatu dalam tujuan dan fungsinya. Simbol mampu menerangkan mengenai suatu perkara dalam berbagai cara dan tidak pernah kehabisan kata dalam menerangkannya.
Oleh kerana itu, bulatan, dan pusatnya, adalah titik permulaan di mana semua corak dan pola Islam dan suatu simbol penekanan terhadap satu Tuhan, yang juga melambangkan fungsi Kaabah di Mekah, yang menjadi kiblat Islam. Bulatan seringkali dikaitkan dengan keabadian, yakni tanpa permulaan mahupun pengakhiran, sebuah bentuk kesempurnaan dan kesamarataan di dalam semua arah di dalam ruang lingkup yang juga merupakan bentuk induk yang paling indah dari semua bentuk, baik di dalam mahupun di bawahnya.
Melalui bulatan terdapat tiga lagi bentuk asas dalam pola Islam iaitu, segi tiga, segi empat sama, dan segi enam. Segi tiga merupakan secara tradisinya melambangkan kesedaran manusia dan prinsip keharmonian. Segi empat sama pula melambangkan pengalaman jasmani dan dunia fizikal atau kebendaan manakala segi enam pula melambangkan syurga. Simbol lazim yang lain pula ialah bintang dan sering kali dipilih untuk menjadi motif kebanyakan hiasan Islam. Bintang merupakan bentuk geometri yang melambangkan penyebaran samarata ke semua arah daripada titik pusat yang sama. Semua bintang sama ada 6, 8, 10,12, mahupun 16 bucu, adalah dicipta daripada pembahagian bulatan kepada bahagian yang sama rata. Pusat bintang tersebut adalah pusat kepada bulatan yang mana ia berasal, dan bucunya menyentuh lingkaran bulatan tersebut. Sinar bintang tersebut pula menyebar ke semua arah lalu menjadikan bintang sebagai lambang yang paling sesuai sebagai lambang penyebaran Islam.
Satu lagi kegunaan bentuk bintang ini ialah dalam sarang lelabah yang menyelamatkan Nabi Muhammad s.a.w ketika peristiwa Hijrah. Mozek jaring labah-labah bermula daripada bentuk bintang lalu berkembang di dalam jalinan terkumpul, mengikut suatu pelan yang rumit, lalu membentuk suatu jaringan yang lebar dan kaya. Beberapa reka bentuk sedemikian mampu berhubung dengan satu sama lain lalu membina suatu bentuk, terutamanya ketika ia berasal daripada bentuk bintang dengan jumlah sinar yang berbilang, bagaikan sebuah planetarium yang berkilauan, di mana setiap baris bermula daripada titik pusat dan mengarah ke pusat. Sebuah motif yang mana membangkitkan ideaologi kesatuan Islam di mana-mana.
Walaupun corak geometrik itu membabitkan atau dihasilkan oleh bentuk mudah seperti bulatan dan segi empat sama, yang digabungkan, diduplikasi, dan dihubungkan lalu disusun di dalam kombinasi yang rumit, menghasilkan satu daripada aspek yang membezakan kesenian Islam. Namun begitu, pola kompleks ini mengandungi penolakan untuk mematuhi peraturan geometri dengan ketat. Oleh yang demikian, perhiasan geometri dalam kesenian Islam meletakkan sebuah kebebasan yang mengagumkan di dalam perulangan dan kompleksiti . Ia member sebuah kemungkinan yang tidak terbatas dan mampu memberi kemudahan terhadap sebuah kesatuan di dalam jenis hiasan yang lain. Di dalam istilah abstrak, motif perulangan serta simetri, pola geometri mempunyai banyak persamaan dengan gaya arabes yang dilihat di dalam kebanyakan rekaan vegetal. Hiasan kaligrafi juga muncul selari dengan pola geometri.
Kebanyakan pola serta corak yang digunakan di dalam kesenian Islam kelihatan sama walaupun ia menghiasi objek yang berlainan. Pola dan corak ini di dalam bentuk dua dimensi, di dalam bentuk mahupun tujuan serta dibina daripada beberapa bilangan elemen geometri kecil yang berulang lalu membentuk sebuah kekompleksan yang menyeluruh.Tahap praktikal dan operasi ekspresi arketip ini tidak mengurangkan keberkesanannya sebagai simbol malah ia memperkayakan lagi apa yang dianggap sebagai mudah dan harfiahnya menjadi lebih dalam ke arah di mana kita lebih jelas terhadapnya.
Diterjemahkan Oleh: Rifky Kesuma bin Suherman
Sumber Asal : http://www.salaam.co.uk/themeofthemonth/march02_index.php?l=3
Ahad, 19 Jun 2011
Hari lahirku.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Setelah sekian lama aku lahir di dunia ini, tidak ku sedar sudahpun 19 tahun berlalu melepasi hidupku. Dalam kata yang lain sudah 19 tahun dari kehidupanku pergi begitu saja. Sama ada masa-masa yang lalu itu aku gunakan secara berfaedah ataupun tidak itu hanya Allah dan aku yang tahu. Dan di sini aku juga ingin menyeru kepada mereka yang baca post aku ni, ingatlah mas itu berharga dan gunakanlah ia dengan sebaik-baiknya. Kerana sesungguhnya kematian itu amatlah dekat dengan kita.

Langgan:
Catatan (Atom)