Rabu, 6 Oktober 2010

Bergurau senda sesama rakan
Ketawa bersama kawan
Namun jangan ada yang sampai terluka
Kerna jika terjadi buruk padahnya
Kerna kawan tak ingin merosak suasana
Maka disembunyikan luka di hati
Namun luka yang tidak dirawat
Semakin lama semakin bernanah
Dan luka yang bernanah mampu merosak
  ikatan persahabatan

Ingatlah sahabat
Sebelum terlambat
Jagalah perasaan temanmu
Jagalah hati kawanmu
Kerana merekalah penemanmu