Rabu, 27 April 2011

Mempengaruhi Hubungan Antara Manusia

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Bukanlah untuk bertujuan untuk keburukan mahu pun menghina, pengetahuan ini hanyalah sebuah pengajaran dan ilmu serta seharusnya tidak perlu dibuat ke arah keburukan. Seni pengaruh dan mempengaruhi ini sebenarnya sudah lama wujud malah ada di antara kita sendiri tidak sedar bahawa kita telah pun menggunakan  seni ini sejak dari kecil lagi.

Terdapat 3 Prinsip Asas yang akan saya tunjukkan pada post ini dan hanya berbekalkan 3 prinsip ini juga, seseorang mampu pergi jauh dengannya. Itupun jika dia mampu mengadaptasikan prinsip ini mengikut situasi serta keadaan pada waktu itu.

1.Jangan MENGKRITIK, MENCERCA, ATAU MENGELUH
       Tiada sesiapa pun yang suka apabila dikritik, begitu juga dengan diri kita. Jangan memulakan suatu perbualan itu dengan mengkritik ataupun berbaur penghinaan kepada orang yang ingin kita pengaruhi kerana semakin kuat kita mengkritik maka semakin kuat jugalah hatinya membangkang.

2.Beri PUJIAN dengan HATI YANG TULUS DAN IKHLAS.
       Seorang MANUSIA itu memang sukakan pujian kepada dirinya sendiri. Walaubagaimana kuat pun dia membantah dan menolak, tetapi hatinya tidak akan dapat lari dari kesenangan dan perasaannya akan menjadi gembira kerana telah menerima pujian. Walaubagaimana pun, pujian itu haruslah ikhlas dan tulus bukannya bodekan semata-mata serta berlebih-lebihan kerana itu hanya akan akan membuat orang lain muak terhadap anda. Pujilah mereka secara sederhana tetapi ikhlas dan tulus.

3. Bangkitkan MINAT pada orang lain.
      Untuk membuat seseorang itu memberi perhatian mereka kepada anda maka anda haruslah membangkitkan minat mereka. Mereka yang gagal membangkitkan minat seseorang pada diri mereka tidak akan sama sekali mendapat perhatian yang diinginkan. Jika anda berjaya menbangkitkan perasaan minat maka anda berjaya mendapat perhatian.

Isnin, 4 April 2011

Dah berapa kali terfikir nak berubah tapi tak jugak, dah cuba tapi gagal pulak
ini maknanya kena teliti diri lagi, ada kesalahan yang tidak dilahat oleh mata sendiri
Walau apa pun, aku@kita harus ingat diri sendiri ialah musuh paling sukar untuk kita lawan.
Sebab itu jihad terhadap diri sendiri diletakkan pada darjat paling tinggi bukan