Rabu, 17 Ogos 2011

Luahan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Sudah lama tiadaku tulis sebarang kata di dalam blog ini. hahaha.

Kali ini saya hanya ingin meluahkan sesuatu yang sememangnya sangat mengguris hati ini. Pagi ini, seorang rakanku membuat kira-kira untuk majlis berbuka puasa. Tidak kisah pun tentang harga pesanan aku tu lebih ke, kurang ke, aku tak kisah. Masa tu saja nak bergurau tapi lepas tu tetiba jer terfikir balik tentang beberapa perincian tentang majlis berbuka puasa tu yang aku terlupa untuk kira.

Bila dikira-kira memang patut pun aku batalkan, tapi sebab desakan kawan aku tu yang tak nak membatalkan pesanan aku terima juga. Aku siap meminta pandangan sahabat aku yang satu ini secara peribadi. Namun, yang membuat hati aku bertambah sakit ialah apabila sudah selesai semuanya dia ungkit kembali masalah itu. Mungkin dia tak sedar jadi aku maafkan dia dan buat endah tak endah sahaja., tapi bila dia ungkit lagi, hati aku mula terasa panas. Sehingga apa saja perkara yang aku buat selepas itu semuanya serba tidak kena dan dipenuhi dengan perasaan amarah.

Mungkin inilah tandanya aku masih seorang yang lemah, sebab Baginda pernah berkata, orang yang kuat itu  ialah orang yang mampu mengawal amarahnya. Aku tidak salahkan dua orang rakan aku yang menegur aku itu, kerana mereka sememangnya belum tahu pun lagi, tetapi kepada sahabatku yang satu lagi itu, mungkin dia benar-benar tidak sedr jadi aku pun tidak boleh barkata apa-apa jugalah. Cuma aku berdoa agar Allah lapangkanlah hatiku dan dadaku, dalamkanlah pemahamanku, khusyukkanlah serta ikhlaskanlah ibadahku, perbanyakkan lah pengetahuanku, tinggikanlah keimananku dan berikanlah aku kekuatan, keberanian, perlindungan serta pengampunanNya, bimbinglah langkahku serta tunjukkanlah jalanMu dan janganlah kau keluarkan aku dari jalan lurusMu kerana sesungguhnya aku adalah hambaMu yang  teramatlah lemah lagi hina.

Isnin, 1 Ogos 2011

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

Bulan penuh berkat kini kembali, sesungguhnya beruntunglah kepada mereka yang sempat menyambutnya sekali lagi. Kebiasaannya, permulaan Ramadhan tidak selalunya lancar. Ada yang baru menyesuaikan diri dengan ibadah puasa, ada yang baru hendak meningkatkan tahap kualiti puasa mereka. Penulis blog ini juga tidak terlepas juga.

Seperti pagi yang lainnya penulis seperti biasa melangkah keluar dari rumah untuk ke sekolah (Pra-U) dengan perasaan yang tenang. Ketika itu, terniat dalam hati untuk menjadikan bulan ini lebih baik dari bulan sebelumnya. Hidup cuma sekali, Ramadhan belum tentu akan datang lagi.

Dalam perjalanan ke sekolah (Pra-U) entah bagaimana terlalu pula laluan masjid. Memang bukan kebiasaan penulis untuk menggunakan kawasan masjid, tetapi pagi tersebut penulis terguna juga dan yang menjadikan pagi itu lebih gembira ialah seorang pak cik itu menumpangkan penulis ke sekolah (Pra-U). Akhirnya, sempat juga penulis ke sekolah pada waktunya. Tepat-tepat sebelum Pak Jaga mengunci pintu pagar. Pagi itu ada ceramah, jadi penulis pun ikutlah juga ceramah tersebut. Pada awalnya penulis tertidur kemudian bila sudah terjaga, ceramah itu agak menarik cuma penceramah itu agak kaku dalam pandangan penuils. (Pandangan peribadi sahaja)

Yang menduga hati dan iman penulis ialah ketika rakan-rakan penulis bercerita dibelakang penulis, walaupun secara harfiahnya mereka di depan penulis. Namun begitu, kemuliaan bulan Ramadhan juga mengajar untuk bersabar dan menahan kemarahan. Penulis masih perlu banyak belajar dalam bulan ini dan menghadapi pelbagai jenis dugaan, cuma harapan dan doa penulis ialah supaya amal ibadah dan puasa penulis dapat diterima oleh Allah, kerana hanya padaNya lah kita berserah diri dan kembali kelak.

Wasalam