Isnin, 1 Ogos 2011

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

Bulan penuh berkat kini kembali, sesungguhnya beruntunglah kepada mereka yang sempat menyambutnya sekali lagi. Kebiasaannya, permulaan Ramadhan tidak selalunya lancar. Ada yang baru menyesuaikan diri dengan ibadah puasa, ada yang baru hendak meningkatkan tahap kualiti puasa mereka. Penulis blog ini juga tidak terlepas juga.

Seperti pagi yang lainnya penulis seperti biasa melangkah keluar dari rumah untuk ke sekolah (Pra-U) dengan perasaan yang tenang. Ketika itu, terniat dalam hati untuk menjadikan bulan ini lebih baik dari bulan sebelumnya. Hidup cuma sekali, Ramadhan belum tentu akan datang lagi.

Dalam perjalanan ke sekolah (Pra-U) entah bagaimana terlalu pula laluan masjid. Memang bukan kebiasaan penulis untuk menggunakan kawasan masjid, tetapi pagi tersebut penulis terguna juga dan yang menjadikan pagi itu lebih gembira ialah seorang pak cik itu menumpangkan penulis ke sekolah (Pra-U). Akhirnya, sempat juga penulis ke sekolah pada waktunya. Tepat-tepat sebelum Pak Jaga mengunci pintu pagar. Pagi itu ada ceramah, jadi penulis pun ikutlah juga ceramah tersebut. Pada awalnya penulis tertidur kemudian bila sudah terjaga, ceramah itu agak menarik cuma penceramah itu agak kaku dalam pandangan penuils. (Pandangan peribadi sahaja)

Yang menduga hati dan iman penulis ialah ketika rakan-rakan penulis bercerita dibelakang penulis, walaupun secara harfiahnya mereka di depan penulis. Namun begitu, kemuliaan bulan Ramadhan juga mengajar untuk bersabar dan menahan kemarahan. Penulis masih perlu banyak belajar dalam bulan ini dan menghadapi pelbagai jenis dugaan, cuma harapan dan doa penulis ialah supaya amal ibadah dan puasa penulis dapat diterima oleh Allah, kerana hanya padaNya lah kita berserah diri dan kembali kelak.

Wasalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan