Rabu, 15 Jun 2011

Soal Perasaan & Hati

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Sememangnya saya tidak pernah mengalami cinta mahupun ber'couple' ini. Justeru itu, apabila kawan saya sedang runsing memikirkan kisah cintanya, maka aku hanya mampu memikirkan tentang satu kata pujangga dari sebuah buku yang aku baca dahulu.

Jika kau cintakan seseorang itu maka lepaskanlah dia,
Jika dia kembali maka sesungguhnya dia adalah milikmu,
Jika tidak, maka ketahuilah bahawa Allah s.w.t itu mempunyai jodoh yang lebih baik untukmu


Walaupun begitu, haruslah difahami jika kamu mencintai seseorang itu janganlah dengan cepat berputus asa dengan hubungan kamu walaupun sebenarnya saya sendiri tidak beberapa setuju dengan perhubungan tanpa ikatan yang sah ini. Berusahalah memperbaikinya tetapi jika pasanganmu itu sendiri yang tidak mahu menerimanya maka lepaskanlah dia. Dan senitasalah ingat bahawa setiap kejadian itu ada hikmahnya yang tersendiri. Janganlah cepat menyalahkan takdir sedangkan pada awalnya hubungan seperti itu tidak direstui pun oleh agama. Mungkin juga ia adalah kesempatan yang diberikan oleh Allah s.w.t untuk menyelamatkan kamu. Sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan